JENAYAH RAGUT: HUKUMAN DARI SISI PERUNDANGAN ISLAM
PENGENALAN
Jenayah merupakan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan
undang-undang negara. Terdapat dua jenis jenayah, iaitu jenayah ringan dan
jenayah berat. Jenayah ringan merangkumi perbuatan mencuri, samun, dan meragut.
Jenayah berat pula termasuklah membunuh, merogol, mendera, mengedar dadah serta
menyeludup barangan haram. Dewasa ini, media massa sering melaporkan pelbagai
kes jenayah yang berlaku di seluruh negara. Kita sering digemparkan dengan kes
rogol dan bunuh, gengsterisme, meragut, menyamun, rasuah, dan penyeludupan.
Peningkatan jenayah di negara ini lebih ketara di kawasan bandar berbanding
dengan kawasan luar bandar.
Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-Jinayah atau
al- Jarimah. Perkataan al- Jinayah ditakrifkan sebagai bentuk tindakan yang
dilarang dan merosakkan, sama ada tindakan itu keatas badan, harta dan
sebagainya. Menurut Al- Mawardi, mentakrifkan bahawa jenayah sebagai segala
bentuk kesalahan menurut Syariah dan yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah
sama ada ia dalam bentuk hukuman hudud,
qisas ataupun ta’zir.[1]
Islam menganggap jenayah merupakan satu kesalahan yang mesti
dihukum kerana ia melanggar hak Allah dan hak manusia. Selain itu, Islam juga
memandang tinggi dan sangat menjaga
kemuliaan agama, nyawa, akal, harta dan maruah. Oleh itu, jika terdapat
kerosakkan atau pencabulan terhadap lima perkara tersebut, maka ia haruslah
diberi hukuman. Hal ini kerana, Islam sangat mengambil berat terhadap kelima-
lima perkara tersebut.
DEFINISI JENAYAH RAGUT
Ragut membawa maksud menarik, menyentak dan mencabut secara paksa
atau dengan kekuatan. Di Malaysia kini, jenayah ragut semakin berleluasa dimana- mana sahaja, tidak
kira di kawasan bandar mahupun di kampung.
Ketika dahulu,
masyarakat kurang mengambil peduli mengenai kes ragut walaupun terdapat
individu yang kena ragut dan kehilangan sejumlah besar wang dan barang kemas.
Hal ini kerana, ketika itu kes ragut masih dianggap tidak bahaya dan tidak
memudaratkan mangsa yang terlibat. Oleh itu, akibat dari perbuatan tidak ambil
peduli tersebut, menyebabkan jenayah ragut kini telah menjadi perkara yang amat
serius dan sangat mengancam nyawa manusia.
Golongan yang lemah menjadi sasaran dan mangsa peragut terutamanya
golongan wanita
.
Jenayah ragut
semakin berleluasa apabila golongan muda terutamanya golongan lelaki yang tidak
mempunyai pekerjaan tetap. Akibat daripada itu, jalan mudah untuk mendapatkan
wang ialah dari perbuatan meragut. Hal ini, berkemungkinan mereka mahu
mendapatkan wang secara pantas untuk membeli barang yang diingini seperti
dadah. Ada juga peragut yang meragut semata- mata untuk membeli barangan
berharga kerana gaji yang diterima adalah sangat sedikit.
JENAYAH RAGUT DARI SEGI UNDANG- UNDANG
Dari segi undang- undang, kes jenayah ragut diklasifikasikan
sebagai kes jenayah curi sekiranya ia tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa
tetapi adakalanya, ia boleh diklasifikasikan sebagai jenayah samun juga. Pada
masa kini, belum ada sebuah peruntukan undang- undang yang khusus memberikan
takrifan yang jelas mengenai jenayah ragut. Oleh itu, dari segi pentadbiran dan
tujuan kajian, pihak polis menggunakan istilah curi ragut bagi membezakan
jenayah ragut dengan lain- lain kes curi serta jenayah yang lain.
Di samping itu, selagi
tiada sebuah peruntukan undang-undang yang khusus dan terperinci bagi
menjelaskan tentang jenayah ragut, peruntukan undang-undang yang paling hampir
dan mempunyai elemen yang dapat diterima oleh mahkamah ialah mendakwa pesalah
ragut di bawah Seksyen 378 Kanun Keseksaan, yang menjelaskan takrif mencuri
sebagai:
“Barang siapa
yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya, apa- apa harta yang dialih
daripada milik mana- mana orang dengan tiada kerelaan orang lain atau
menggerakkan harta itu dengan tujuan mengambilnya adalah dikatakan melakukan
kesalahan mencuri.”[2]
Seksyen 379 kanun
yang sama memperuntukkan hukuman bagi kesalahan mencuri iaitu penjara tujuh
tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua, seseorang itu
boleh dihukum penjara, didenda atau disebat.
Mengikut Seksyen
390 Kanun Keseksaan, peragut melakukan kesalahan jika tujuannya ialah mencuri
atau cubaan membawa lari harta yang didapati melalui jalan kesalahan. Maka,
pesalah itu sengaja menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian, kecederaan atau
halangan salah dengan serta merta.
Seterusnya, Seksyen
392 menjelaskan peruntukkan hukuman bagi kesalahan merompak ialah penjara
sehingga 14 tahun, denda atau sebatan. Seksyen 394 memperuntukkan hukuman
penjara boleh dilaksanakan sehingga 20 tahun, didenda atau kedua- duanya sekali
bagi kesalahan samun yang turut mendatangkan kecederaan pada mana- mana orang.
Mereka yang
melakukan kesalahan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu mematikan orang
dengan salah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, didenda atau
kedua- duanya sekali. Mereka yang membunuh orang boleh dihukum mati di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
PUNCA- PUNCA JENAYAH RAGUT
Kejadian ragut yang sering menjadi- jadi merupakan satu jenayah
yang amat mengejutkan dalam masyarakat. Kekerapan jenayah inimembuktikan bahawa
ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa
menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini. [3]
Antara punca-
punca yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah, sikap masyarakat itu sendiri
yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih
banyak individu dalam masyarakat yang suka membawa wang yang banyak dalam
dompet atau tas tangan mereka dan ini mejadi sasaran peragut. Begitu juga
dengan sikap masyarakat yang kurang mengambil langkah- langkah keselamatan
apabila pulang dari pejabat sendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau
mudah percaya akan orang asing menjadikan mereka sasaran mudah peragut. Oleh
itu, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan
ragut semakin menjadi kebiasaan.
Malah, kejadian
ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami
kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat terpaksa
membuang pekerja kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan
drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja yang
lain dalam masa yang singkat telah menjuruskan mereka ke kancah jenayah
terutama apabila memikirkan makan minum anak dan isteri. Oleh itu, kes ragut
meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu menjadi peragut
untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah.
Seterusnya, masalah ini bertambah serius kerana gagal pihak kuasa
mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kemera litar tertutup di
kawasan- kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-
manjadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera litar tertutup telah
menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu
malam.
Kemelut ini turut ditimbulkan kekurangan didikan keagamaan terutama
terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan
semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan
kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang
rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut
meningkat kerana masyarakat sudah lupa akan agama mereka.
KESAN JENAYAH RAGUT
Jenayah ragut ini banyak meninggalkan kesan negatif terhadap rakyat
dan nama baik Malaysia umumnya. Ia akan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai
negara yang dikenali dengan negara aman dan damai. Ia memberi perspektif yang negatif dari seluruh pelusuk dunia. Bagi
pelancong yang ingin atau sudah melancong di negara ini, ia akan menimbulkan
kerisauan dan kebimbangan terhadap keselamatan mereka ketika melancong dan ini
akan menjejaskan industri perlancongan di Malaysia. Ini kerana kerana terdapat
segelintir pelancong yang melancong di negara ini adalah menjadi mangsa ragut.
Rakyat Malaysia
amnya, menjadi huru hara dan tidak berasa selamat walaupun berada di negara
sendiri. Masyarakat menjadi trauma tentang permasalahan ini yang semakin
meruncing. Setiap hari ada sahaja jenayah ragut berlaku di tempat mereka. Ini
menyebabkan masyarakat menjadi takut untuk keluar bersiar- siar bersama
keluarga dan teman- teman. Selain itu, masyarakat juga tidak bebas melakukan
ativiti seharian kerana perlu mengawasi keadaan sekeliling.
Seterusnya, bagi
mangsa yang diragut akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan
masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat gangguan mental dan emosi
seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri. Mereka menjadi tidak
yakin dan tidak percaya pada orang lain. Selain itu, ia akan menyimpan perasaan
dendam terhadap peragut.
Jenayah ragut juga
penyumbang kepada berlakunya peningkatan jenayah di Malaysia. Jenayah ini
menyebabkan statistik kadar jenayah di Malaysia meningkat. Lantas, ia akan
menunjukkan rekod yang buruk terhadap
imej negara dan akan menjejaskan reputasinya di mata dunia.
LANGKAH- LANGKAH MENGATASI JENAYAH RAGUT
Jenayah ragut di Malaysia merupakan isu dan jenayah yang semakin
berleluasa dan mmbimbangkan. Masyakat
berasa tidak selamat dan tidak aman walaupun berada di negara sendiri
kerana perlu sentiasa berhati- hati dan tidak bebas untuk melakukan aktiviti
atau urusan seharian. Selain itu, perlu mengawasi keadaan sekeliling untuk
memastikan keselamatannya terjamin. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak
termasuk kerajaan polis, masyarakat dan individu saling memerlukan bagi
membendung jenayah ragut ini sebelum ianya menjadi lebih meruncing sehingga
tiada jalan penyelesaiannya. Pelbagai pihak disarankan untuk bekerjasama
membendung gejala ragut ini supaya dapat diatasi.
Terdapat beberapa
langkah atau cara pencegahan melalui beberapa pihak antaranya ialah melalui
pihak berkuasa tempatan, undang-undang,masyarakat dan individu itu sendiri.
Antara langkah- langkah pencegahan melalui individu itu sendiri ialah,
menggunakan jalan dan lorong yang sering digunakan oleh orang ramai. Jika
terpaksa keluar di waktu malam, disarankan supaya berteman atau beramai- ramai.
Golongan wanita khususnya yang sering menjadi sasaran utama peragut
perlu melakukan tindakan proaktif. Wanita perlu lebih berhati- hati dan
mempersiapkan diri dalam menghadapi sebarang ancaman yang datang. Justeru itu,
wanita perlulah melengkapkan diri dengan alat mahupun seni mempertahankan diri.
Fenomena hari ini semakin menggesa wanita supaya mempersiapkan diri dengan seni
pertahanan. Hal ini dapat membantu
mencegah dari berlakunya kes ragut dari terus berlaku.
Seterusnya,
langkah- langkah pencegahan boleh diambil bagi pihak berkuasa pula ialah,
mewujudkan pusat pemeriksaan bergerak dan pondok polis dikawasan yang sering
berlakunya jenayah ragut. Kewujudan
pusat pemeriksaan bergerak itu dapat memberikan jaminan keselamatan terutamanya
kepada warga emas serta masyarakat.
Selain daripada
itu, pencegahan boleh dibuat melalui masyarakat perlulah prihatin dan membantu
apabila berlaku ragut di depan mata. Hal ini berkemungkinan, penjenayah
mempunyai senjata dan boleh mengakibatkan maut jika masyarakat tidak saling
membantu.
Inilah masanya
untuk mengambil langkah- langkah yang lebih drastik bagi menghalang jenayah
ragut dan mencegah lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku dalam masyarakat sekaligus menyediakan
persekitaran lebih selamat kepada orang ramai termasuk pelancong.[4]
HUKUMAN JENAYAH RAGUT DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Dalam Islam salah satu hukuman yang akan dikenakan kepada
penjenayah ragut ialah hukuman ta’zir.
PENGERTIAN TA’ZIR
Hukuman ta’zir adalah hukuman yang belum ditetapkan oleh
syara’, melainkan diserahkan kepada hakim, baik penentuannya mahupun
perlaksanaannya. Syara’ tidak menyebutkan pelbagai hukuman untuk jarimah tetapi
hanya menyebutkan sekumpulan hukuman, dari seringan- ringan hinggalah sampai
kepada seberat- beratnya. Dalam hal ini, hakim diberi kebebasan untuk memilih hukuman-
hukuman mana yang sesuai dengan hukuman ta’zir serta keadaan si
pembuatnya juga. Jadi hukuman ta’zir tidak mempuyai batas tertentu.
Hukuman ta’zir
menurut bahasa adalah ta’dib atau memberi pelajaran. Hukumannya adalah
berbeza mengikut kesesuaian kesalahan yang dilakukan dan tidak ditentukan bagi
mana- mana kesalahan.
Hukuman ta’zir adalah berbeza dari hukuman yang
terdapat dalam hudud dan qisas. Dalam perkara ini, hakim telah menyerahkan
spenuhnya hak penetapan untuk menjatuhkan hukuman. Para fuqaha telah
memperincikan hukum- hukum, mereka juga berijtihad dan melembagakan berbagai
pendapat yang ada. Dalam hukum ta’zir mereka hanya membahasnya dalam
batasan yang masih terlalu umum.[5]
DASAR HUKUM TA’ZIR
Hukuman ta’zir adalah hukuman yang ketentuannya tidak
dipastikan dalam nas al- Quran dan Sunnah Nabi tetapi ketentuannya menjadi
ketentuan dibawah hakim.
Larangan- larangan Syara’ yang disebut jarimah itu berupa pelanggaran
terhadap hal- hal yang dilarang. Contohnya, melanggar larangan zina, minum
minuman keras, meragut dan meninggalkan hal-hal yang diprintahkan.
Perbuatan-
perbuatan yang jika dikerjakan atau ditinggalkan dipandang sebagai jarimah
ialah perbuatan yang mempunyai akibat merugikan perseorangan atau masyarakat
dalam aqidah, harta benda, harga diri, ketenteraman jiwa dan sebagainya yang
berhak memperoleh perlindungan.
Antara unsur- unsur jarimah ialah, sesuatu perbuatan dapat
dipandang sebagai jarimah jika memenuhi unsur- unsur seperti unsur
formal, iaitu adanya nas atau dasar hukum yang yang menunjukkan sebagai jarimah.
Unsur ini sesuai denagan prinsip yang menyatakan bahawa jarimah dianggap
tidak ada sebelum dinyatakan dalam nas. Alasan bahawa jarimah harus
memenuhi unsur formal adalah firman Allah:
مَنِ اهْتَدَىٰ
فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۗ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ
نَبْعَثَ رَسُولًا
Maksudnya: Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah
(Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri;
dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian)
dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain,
dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.[6]
Dalam ayat ini,
Allah menyatakan bahawa Allah tidak akan menyeksa hambanya sebelum mengutus
utusannya. Ajaran ini berisi ketentuan bahawa hukuman akan dijatuhkan kepada
mereka yang membakang ajaran Rasul. Untuk dinilai bahawa seseorang telah
membakang ajaran Rasul harus terlebih dahulu diketahui adanya ajaran Rasul yang
terdapat daam nas.
Seterusnya, unsur
material, iaitu adanya perbuatan melawan hukum yang benar- benar telah
dilakukan. Hadis Nabi SAW dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah
yang mengajarkan bahawa “Allah melewatkan hukuman untuk umat Nabi Muhammad
atas sesuatu yang masih terkandung dalam hati ia tidak mengatakan dengan lisan
atau mengerjakannya dengan nyata”.
Dalam kes ragut,
perbuatan meragut itu dikira dibawah hukuman ta’zir. Sekiranya
penyerahan itu kerana dipaksa, kes tersebut merupakan kesalahan merompak.
Sekiranya tanpa paksaan, ia mungkin termasuk kes ragut. Hukuman yang dikenakan
bukannya hudud tetapi ta’zir.
Begitu juga
penyerahan yang dilakukan tanpa sedar seperti diserahkan oleh orang gila, mabuk
atau kanak-kanak. Ia tidak diistilahkan sebagai mencuri. Walaupun terdapat
unsur tidak sedar, namun ia tidak menafikan wujudnya pengetahuan.
Apa yang penting
ialah pengetahuan. Ia telah menafikan perbuatan itu dilakukan secara rahsia.
Walaupun mungkin dikatakan pengetahuan mereka tidak boleh diterima, sekurang-
kurangnya ia boleh membentuk keraguan yang mampu menolak hukuman hudud ke atas
penjenayah dan digantikan dengan ta’zir.
Selain itu, membenarkan penjenayah berkenaan
memegang sesuatu atau memasuki tempat simpanan sama seperti menyerahkan
barangan. Oleh itu, pencurian yang dibuat oleh pekerja, pengunjung dan
sebagainya tidak dihukum hudud sekiranya ia dilakukan di tempat kerja, kilang
atau kawasan pelancongan yang tersimpan khazanah.
Ini kerana,
keizinan memasuki tempat berkenaan telah membatalkan sifat ‘tersimpan’ dan
‘terkawal’. Dalam keadaan seperti itu pengambilan tidak lagi berlaku secara
rahsia. Sedangkan, pengambilan secara rahsia termasuk satu syarat diistilahkan
sebagai mencuri.
Begitu juga kalau
pengambilan dilakukan oleh petugas pengangkutan yang mengangkut barang- barang berkenaan.
Ia tidak diistilahkan sebagai kecurian yang boleh dikenakan hudud. Tetapi, ia
dinamakan jenayah pecah amanah.
Satu lagi syarat
bagi menjadikan perbuatan mengambil harta orang lain tanpa rela sebagai jenayah
mencuri yang boleh dikenakan hukuman hudud ialah tidak boleh dilakukan dalam
suasana darurat. Ini kerana, keadaan darurat atau terpaksa itu membolehkan
seseorang itu mengambil harta orang lain sekadar keperluan.
Hadis Nabi SAW, baginda
bersabda:
“Tidak akan berganjak kedua- dua kaki setiap hamba (ke Syurga atau
Neraka) pada hari Akhirat nanti sehinggalah ditanya tentang umurnya, kemana
dihabiskan. Ditanya tentang ilmunya,apakah yang diamalkan. Ditanya tentang
hartanya, bagaimana cara memperolehdan membelanjakannya. Ditanya tentang
kesihatan tubuh badannya, apa yang telah dilakukan dalam kehidupannya.”
(Riwayat
Tirmizi)
Hadis ini menjelaskan tentang empat soalan utama yang akan dihisab
terlebih dahulu. Soalan- soalan ini mencakupi seluruh tanggungjawab manusia
sepanjang diberi nikmat kehidupan. Selain itu juga, persoalan harta yang akan
dihisap menjadikan bahawa sumber perolehan harta tersebut sangatlah penting
bagi menjamin manusia ke Syurga Allah.
PERBEZAAN ANTARA UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM DAN UNDANG-UNDANG
JENAYAH SIVIL[7]
Undang-undang jenayah Islam mempunyai kelebihan tersendiri
berbanding dengan undang-undang jenayah sivilyang kebanyakkannya datang dari
negara Barat. Di Malaysia, undang-undang jenayah kebanyakkannya diperuntukkan
dibawah Kanun Keseksaan (Akta 574) yang diambil dari Kanun Keseksaan India.
Seperti yang diketahui, Kanun Keseksaan India ini adalah berasal dari
perundangan Common Law England yang telah dikumpul dan ditulis didalam bentuk
akta atau Kanun. Selain dari Kanun Keseksaan, undang-undang jenayah juga
terdapat dalam akta-akta tertentu seperti Akta Dadah Berbahaya, Akta Kastam
1967, Akta Pencegaha Rasuah 1997, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1957, Akta
Rahsia Rasmi 1983 dan akta lain-lain. Sementara prosedur jenayah pula
diperuntukkan dalam Kanun Prosedur Jenayah, Akta Keterangan dan akta-akta yang
berkaitan mahkamah.
Oleh kerana
kedua-dua undang ini berbeza, maka terdapat beberapa perbezaan diantara
keduanya. Antara perbezaan tersebut ialah, undang-undang Islam adalah dari
Allah sedangkan undang-undang sivil adalah dari ciptaan manusia. [8]Allah
yang memiliki segala sifat kesempurnaan tentunya membuat undang-undang terbaik
dan yang paling sesuai untuk manusia. Bahkan, manusia ini juga adalah ciptan
Allah, maka Allah tentu Maha Mengetahui undang-udang terbaik yang sesuai dengan
fitrah manusia. Sementara itu, undang-undang ciptaan manusia terdedah dengan seribu
satu kelemahan kerana ilmu dan kebolehan manusia terhad. Tambahan pula, manusia
sentiasa terpengruh dengan keadaan persekitaran, latar belakang keluarga,
pendidikan, dorongan nafsu dan hasutan syaitan. Oleh kerana itu, undang-undang
manusia sentiasa berubah, umpamanya dahulu homoseksual dianggap jenayah tetapi
hari ini ia tidak lagi dianggap sebagai satu kesalahan, bahkan ia diangkat
sebagai satu amaan yang sah melalui perkahwinan seperti yang diamalkan di
negara-negara Barat.
Selain itu,
undang-undang jenayah Islam tidak terpisah dengan aspek aqidah iaitu keimanan
kepada perkara ghaib. Beriman dengan kebenaran dan kehebatan undang-undang
Islam adalah wajib kerana ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah. Demikian
juga, undang-undang Islam tidak memisahkan soal pembalasan di dunia dan
akhirat, serta konsep dosa dan pahala mendorong rakyat menjauhi jenayah. Ini
kerana mereka bukan sahaja takutkepada hukuman bahkan mereka lebih takut
hukuman di akhirat yang lebih dasyat dan lama. Oleh yang demikian , mereka akan
mengelakkan diri dari melakukan jenayah dengan bersungguh-sungguh walaupun
jenayah itu boleh dilakukan di luar pengetahuan penguatkuasa undang-undang.
Secara tidak laangsung ia dapat mengurangkan kadar jenayah. Begitu juga bagi
yang terlanjur melakukan jenayah, mereka akan lebih bersedia untuk tampil
menyerahkan diri mereka untuk dihukum dengan undang-undang Islam demi untuk
mengelakkan hukuman di akhirat. Berbeza dengan undang-undang sivil, ia
bergantung sepenuhnya kepada kekerasan undang-undang, penguatkuasa dan
pengawalan pemerintah.
Ruang lingkup
jenayah atau kesalahan dalam Islam adalah lebih luas, iaitu mencakupi kesalahan
yang berkaitan dengan hak Allah, hak manusia serta hak Allah dengan manusia.
ini bermakna ia meliputi berbagai bentuk kesalahan seperti berkaitan dengan
kepercayaan atau keimanan seperti hukuman keatas mereka yang murtad.
Undang-undang Islam juga menyentuh hukuman keatas kesalahan berkaitan ibadat
seperti mereka yang meninggalkan solat, puasa wajib dan haji. Undang-undang jenayah
Islam juga amat menitik beratkan soal akhlak seperti hukuman kepada mereka yang
berzina, berkhalwat, berjudi dan minum arak. Berbeza dengan hukuman jenayah
sivil yang tidak menganggap sesetengah jenayah seperti murtad, zina,
meninggalkan solat, minum arak dan judi sebagai satu jenayah. Ini kerana soal
unsur-unsur iman, ibadat dan akhlak tidak menjadi perkiraan yang penting bagi
penggubal undang-undang ini.
Seterusnya,
undang-undang jenayah Islam mengutamakan aspek pencegahan melalui kaedah yang
unik dan menarik. Contohnya, hukuman yang terdapat di dalam undang-undang Islam
seperti sebat dan rejam bagi penzina dilihat sebagai berat dan menggerunkan
oleh sesetengah pihak. Ini menjadikan rakyat takut untuk melakukan jenayah
zina. Sedangkan pensabitannya adalah sukar kerana syarat-syarat untuk
mensabitkan hukman adalah ketat. Jika zina tidak dapat dibuktikan, mereka
mungkin dikenakan hukuman ta’zir yang lebih ringan. Bahkan pada zaman
Rasulullah SAW dan Khulafa al- Rasyidin, hukuman hudud seperti zina kebanyakkannya
dikenakan melalui iqrar atau pengakuan dari diri sendiri. Begitu juga
dalam Islam terdapat hukum yang berbentuk pencegahan umpamanya pengharaman
berdua-duaan bagi lelaki dan wanita ajnabi bertujuan untuk mengelakkan zina.
Konsep pencegahan begini tidak diambil berat oleh undang-undang jenayah sivil,
kerans ia lebih menumpukan kepada aspek menghukum dan membalas.
Undang-undang
jenayah Islam tidak dapat dipisahkan dari konsep menyeru kepada kebaikan dan
mencegah perbuatan munkar. Konsep ini banyak membantu mengurangkan jenayah.
Islam bukan sahaja mengarahkan kejahatan diperangi bahkan menyeru agar kebaikan
diperluaskan. Mereka yang biasa dengan amalan kebaikan dan ibadat akan
terhindar dari melakukan kemungkarandan jenayah. Umpamanya ibadat solat yang
disebut oleh Allah sebagai ibadat yang dapat mencegah mungkar. Ibadah puasa
pula disebut oleh Rasulullah SAW sebagai amalan yang dapat mengekang nafsu
syahwat. Dengan cara ini penjenyah akan lebih berhati-hati dalam segala
tindakan mereka. Konsep ini tidak ada dalam undang-undang jenayah sivil. Pihak
penguatkuasa seperti polis biasanya akan hanya mengambil tindakan selepas
terdapat laporan berkaitan jenayah dibuat.
Undang-undang jenayah Islam tidak membenarkan pemerintah menahan
seseorang tanpa dibawa kemuka pengadilan dan didakwa menurut prosedur yang sah.
Islam menjunjung tinggi konsep bahawa ‘pada awalnya seseorang itu tidak
bersalah’. Tahanan tanpa bicara dianggap satu kezaliman dalam Islam walau
dengan apa alasan sekalipun. Jika seseorang dikatakan melakukan penjenayahan,
maka perkara jenayah itu perlu dibuktikan oleh pendakwa dihadapan hakim di
mahkamah. Beban bukti terletak pada pendakwa. Jika tiada bukti, maka perlu
dilepaskan. Dalam undang-undang jenayah sivil, terdapat peruntukan yang membenarkan
tahanan tanpa bicara yang disebut sebagai tahanan pencegahan. Contohnya, Akta
Keselamatan Dalam Negeri membenarkan seseorang yang disyaki menjejaskan
keselamatan awam ditahan selama 60 hari tanpa bicara.
Undang-undang
Islam memperunukkan pelbagai bentuk hukuman yang mempunyai kesan yang mendalam.
Bagi hukuman hudud, terdapat hukuman rejam sampai mati, sebatan, hukuman
mati, potong tangan dan kaki, salib dan buang negeri. Bagi qisas,
terdapat hukuman yang perlu dibalas semula apa yang penjenaah itu buat serta
hukuman diyat iaitu ganti rugi dengan kadar yang berbeza. Hukuman ta’zir
pula, amat luas dan boleh dikenakan mengikut maslahah, keperluan, dan
kebijaksanaan pemerintah, badan perundangan dan hakim. Sementara, dalam
undang-undang sivil, hukuman yang utama hanyalah mati, penjara, sebat dan
denda.
Perbezaan yang
terakhir ialah dari sudut keberkatan. Keberkatan adalah satu perkara yang tidak
dapat dilihat oleh pancaindera tetapi ia bukti melalui janji Allah dan
Rasulullah SAW serta peristiwa yang berlaku. Allah menjamin keberkatan dengan
perlaksanaan hukum Islam termasuk undang-undang jenayah. Perlaksanaan
undang-undang Islam pasti dapat mengurangkan kadar jenayah dan mewujudkan
keharmonian masyarakat. Berbeza dengan undang-undang sivil, ciptaan manusia
yang dianggap bertentangan dengan undang-undang Islam. Ia gagal menimbulkan
rasa takut dan gerun walaupun hukuman yang dkenakan adalah berat. Umpamanya
hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedardadah tidak berjaya mengurangkan
jenayah berkenaan. Begitu juga dengan jenayah lain.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, jenayah ragut amat merbahaya dan seluruh
rakyat di Malaysia harus lah sentiasa mengambil berat terhadap jenayah
tersebut. Semua pihak perlu bekerjasama kerana Malaysia sentiasa mengamalakan
hidup bermasyarakat. Selain itu juga, perundangan Islam haruslah sentiasa
diketengahkan apabila berlaku sesuatu jenayah kerana perundangan Islam adalah
undang-undang yang terbaik. Undang-undang Islam juga adalah undang-undang yang
sesuai untuk semua masyarakat pada semua zaman.
[1] Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sutaniyyah, ms.192
[2] Acp (B) Mohd Redzuan Aslie, Kanun Keseksaan
[3] Mohd Yahya Bin Mohamed Ariffin, Tesis Pendapat Publik Mengenai
Peranan Media Dalam Menangani Jenayah
[4] Utusan
Malaysia Online
[5] Jazuli,
Hukum Pidana Islam, Pustaka Setia, 155-172
[6]
Surah al isra;15
[7] Syariah
dan undang-undang; suatu perbandingan, siri undang-undang
Ulasan
Catat Ulasan