JENAYAH RAGUT: HUKUMAN DARI SISI PERUNDANGAN ISLAM
PENGENALAN Jenayah merupakan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang negara. Terdapat dua jenis jenayah, iaitu jenayah ringan dan jenayah berat. Jenayah ringan merangkumi perbuatan mencuri, samun, dan meragut. Jenayah berat pula termasuklah membunuh, merogol, mendera, mengedar dadah serta menyeludup barangan haram. Dewasa ini, media massa sering melaporkan pelbagai kes jenayah yang berlaku di seluruh negara. Kita sering digemparkan dengan kes rogol dan bunuh, gengsterisme, meragut, menyamun, rasuah, dan penyeludupan. Peningkatan jenayah di negara ini lebih ketara di kawasan bandar berbanding dengan kawasan luar bandar. Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-Jinayah atau al- Jarimah. Perkataan al- Jinayah ditakrifkan sebagai bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan, sama ada tindakan itu keatas badan, harta dan sebagainya. Menurut Al- Mawardi, mentakrifkan bahawa jenayah sebagai segala bentuk kesalahan menurut Syariah dan yang boleh dihukum be